Selasa, 12 April 2011

akhirnya..

akhirnya aku dapat berhenti jagak dari ofis Nie..huhhuhu

hari jumaat 15/4/2011 hari last aku kerja kat RNSL..
banyak kenangan aku dekat ofis nie..
macam-macam aku rasa pengalaman kat ofis nie..
rasa suka, rasa marah, rasa sedih dan macam-macam lagi lah...
terlampau banyak kenangan yang xmungkin aku lupa kan..
rasa sayang pada ofis nie masih lagi kuat..
tapi aku kena tingalkan jugak..coznya tanggunjawab aku pada suami...
apa2 pun aku harap ofis nie selama nya akan ok..
semua staf kat sini happy selama nya...

Selasa, 5 April 2011

dalam dilema...

xtau aku nak buat keputusan macam mana...
nk berhenti keje ke x nak..
aku kena pilih antara tangungjawab sebagai seorang isteri dan tangungjawab sebagai seorang pekerja...xtau nak buat pilihan macam mana...huhuhu...

apa nak baut nie..
aku nak duk dengan suami and nak laksanakan tangungjawab aku sebagai seorang isteri...
tapi aku sayangkan keje aku jugak..aku sayang pada ofis nie...
apa harus aku buat nie..huhuhuhu...
salah 1 aku harus korbankan..

buntu-buntu...
hope nanti apa-apa keputusan yang aku ambik akan menjamin masa depan aku n family....huhuhu...
insyAllah...

Khamis, 3 Mac 2011

Aku Tak Mahu Suamiku Berdosa

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku melabuhkan jilbabku
Berusaha menutup sempurna auratku

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku perlengkapkan diriku
Dengan ajaran agama
Agar dapat membezakan
Antara yang benar dan salah

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku hadkan pergaulanku
Dengan yang bukan mahramku

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku menjaga diriku
Agar terhindar dari fitnah manusia

Aku tak mahu suamiku berdosa
Kerana aku sayangkan suamiku
Dan aku tak mahu suamiku terhumban
Ke neraka jahanam kerana diriku

Aku tak mahu suamiku berdosa
Kerana aku

Aku tak mahu suamiku berdosa..

rama-rama vs wanita

Melihat gelagat rama-rama membuatkan ramai orang menjadi suka, ceria dan terpesona. Ramai yang akan tersenyum melihat kecantikan rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Pasti ada yang tidak kena jika ada bunga yang tidak dihinggapi rama-rama.

Ramai yang akan tertarik untuk menangkap rama-rama apabila melihat ia terbang berkeliaran di udara. Kecantikan rama-rama terletak pada warna dan corak sayapnya. Akan tetapi kecantikannya tidak akan kekal jika banyak tangan yang menyentuhnya.

Warna dan corak rama-rama pasti akan melekat pada jari jemari apabila kita menangkapnya. Selepas itu tiada sesiapa yang akan tertarik padanya lagi. Keindahan rama-rama telah hilang untuk dikagumi.

Rama-rama ibarat wanita. Wanita indah untuk disentuh, tetapi nilai dirinya akan merosot setiap kali ada tangan-tangan kotor mencemari tubuhnya. Harga diri dan maruah mudah tercemar jika tidak dijaga dengan sempurna.

Begitulah wanita. Kecantikan wanita bagaikan rama-rama yang terbang membawa keindahan corak pada dirinya. Ia akan membuatkan lelaki mudah tertarik pada wanita. Tetapi untuk menjaga harga diri seorang wanita, bukanlah dengan membiarkan kecantikannya disentuh, dipegang oleh semua yang tertarik padanya. Biarlah kecantikan pada wanita itu diperolehi melalui jalan yang diredhai Allah.

Wanita harus menjaga harga kecantikan dan keindahan seorang wanita menurut ketentuan dan panduan yang Allah ajarkan di dalam al-Quran yang telah di sampaikan oleh RasulNya. Hanya dengan menuruti perintah Allah, kemuliaan, harga diri, kecantikan, dan keindahan seorang wanita akan terjaga dan terpelihara.

Daripada Anas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." \[Hadis Riwayat Ahmad]

Alangkah mudahnya jalan yang Allah hamparkan kepada seorang wanita untuk masuk Syurga Allah. Antaranya menjaga kehormatan diri setelah mendirikan solat dan berpuasa. Apabila telah tiba jodoh pertemuannya, maka taatilah suami dan mereka dimuliakan Allah dengan memberi keistimewaan untuk masuk Syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya.

Khamis, 24 Februari 2011

Khasiat memeluk isteri & pelukan suami buat isteri..

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk “Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit” di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

Rabu, 23 Februari 2011

jiwa kacau...

hari nie xtau lah napa rasa macam tak berapa nak best je...jiwa bercelaru sangat...xtau lah...
nak kata ada masalah rasanya takda pun...huhuhuhu...

tadi bincang pasal tempat tinggal dengan bakal suami...
cakap nak duk asing dulu dengan die...nak jugak tau reaksi dia..mana lah tau nak bagi ke tak ke..sekurang-kurangnya takda lah orang kata aku nie pentingkan diri sendiri...mentang-mentang nak kerja sampai sangup duk asing-asing dengan suami..huhuhuhu....
nak tau jawapan die(suami)???? hehehhe...

nie jawapa die "papa xkesah pun sayang nak kerja kat mana pun...tapi papa tak nak duk jauh lama-lama sangat..papa risaukan sayang je"...ehehheheh...senyum je aku dengar jawapan die..hehehe...hope die ikhlas lah masa bagi tau aku tadi...

aku pula jawab macam nie"ehheheh risau kan sayang napa pulak??pandai lah sayang jaga diri sayang...ke takut sayang tak ingat kan papa? sayang tau status sayang macam mana..so papa tak payah lah risau kan sayang ek.."dngar je jawapan aku terus je die gelak...nie je jawapan yang aku rasa paling selamat...heheheh..

aku harap nanti sampai masanya die xberubah hati...kalau x mahu haru biru jugak jadi nya...hehehe..maklumlah penganting baru kata kan...wakkakaka...
apa-apa pun aku tetap sayang die..love u so much...

Selasa, 22 Februari 2011

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.

20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Khamis, 17 Februari 2011

tanda2 awal kanser

1) Kansel pangkal rahim- sebarang lelehan @ pendarahan yang luarbiasa,sakit selepas bersenggama dan turun berat badan

2) Kanser payudara-bengkak @ gumpalan di buah dada,keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran Kelenjar di ketiak,kedutan pada kulit di bawah dada

3) kanser usus besar- Perubahan tabiat membuang air,hilang berat badan,sakit dalam perut dan usus,berlaku pendarahan semasa membuang air.

4)kanser paru-paru-batuk kuar berterusan,batuk berdarah,nafas termegah-megah,sakit dada dan hilang berat badan.

5) kanser perut- hilang berat badan,muntah berdarah,sisitem percernaan yang tidak teratur,cepat kenyang walaupun makan sedikit.

6) kanser limpa-sakit di bahagian abdomen,hilang selera makan,turun berat badan,kulit dan matamenjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak

7) kanser ovari- haid tidak teratur,tumbuhan keras di bahagian abdomen,sakit semasa bersenggama,ketumbuhan bulu rambut yang melampau,suara menjadi lebih mendalam.

8) kanser otak- sakit kepala,muntah-muntah,gangguan penglihatan,lemah @ lumpuh,pening/pitam,pelupa,perubahan personaliti.

9) kanser prostat- sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan

10) kanser darah (leukimia)-letih,pucat,mudah lebam,dan mudah mendapat efeksi.

11) kenser tekak- suara garau/serak,ada ketumbuhan ditekak,sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

Rabu, 16 Februari 2011

sifat-sifat Nabi Muhammad S.A.W

Fizikal Nabi

Telah dikeluarkan oleh Ya'kub bin Sufyan Al-Faswi dari Al-Hasan bin Ali ra. katanya: Pernah aku menanyai pamanku (dari sebelah ibu) Hind bin Abu Halah, dan aku tahu baginda memang sangat pandai mensifatkan perilaku Rasulullah SAW, padahal aku ingin sekali untuk disifatkan kepadaku sesuatu dari sifat beliau yang dapat aku mencontohinya, maka dia berkata: Adalah Rasulullah SAW itu seorang yang agung yang senantiasa diagungkan, wajahnya berseri-seri layak bulan di malam purnamanya, tingginya cukup tidak terialu ketara, juga tidak terlalu pendek, dadanya bidang, rambutnya selalu rapi antara lurus dan bergelombang, dan memanjang hingga ke tepi telinganya, lebat, warnanya hitam, dahinya luas, alisnya lentik halus terpisah di antara keduanya, yang bila baginda marah kelihatannya seperti bercantum, hidungnya mancung, kelihatan memancar cahaya ke atasnya, janggutnya lebat, kedua belah matanya hitam, kedua pipinya lembut dan halus, mulutnya tebal, giginya putih bersih dan jarang-jarang, di dadanya tumbuh bulu-bulu yang halus, tengkuknya memanjang, berbentuk sederhana, berbadan besar lagi tegap, rata antara perutnya dan dadanya, luas dadanya, lebar antara kedua bahunya, tulang belakangnya besar, kulitnya bersih, antara dadanya dan pusatnya dipenuhi oleh bulu-bulu yang halus, pada kedua teteknya dan perutnya bersih dari bulu, sedang pada kedua lengannya dan bahunya dan di atas dadanya berbulu pula, lengannya panjang, telapak tangannya lebar, halus tulangnya, jari telapak kedua tangan dan kakinya tebal berisi daging, panjang ujung jarinya, rongga telapak kakinya tidak menyentuh tanah apabila baginda berjalan, dan telapak kakinya lembut serta licin tidak ada lipatan, tinggi seolah-olah air sedang memancar daripadanya, bila diangkat kakinya diangkatnya dengan lembut (tidak seperti jalannya orang menyombongkan diri), melangkah satu-satu dan perlahan-lahan, langkahnya panjang-panjang seperti orang yang melangkah atas jurang, bila menoleh dengan semua badannya, pandangannya sering ke bumi, kelihatan baginda lebih banyak melihat ke arah bumi daripada melihat ke atas langit, jarang baginda memerhatikan sesuatu dengan terlalu lama, selalu berjalan beriringan dengan sahabat-sahabatnya, selalu memulakan salam kepada siapa yang ditemuinya.

Kebiasaan Nabi

Kataku pula: Sifatkanlah kepadaku mengenai kebiasaannya!Jawab pamanku: Adalah Rasulullah SAW itu kelihatannya seperti orang yang selalu bersedih, senantiasa banyak berfikir, tidak pernah beristirshat panjang, tidak berbicara bila tidak ada keperluan, banyak diamnya, memulakan bicara dan menghabiskannya dengan sepenuh mulutnva, kata-katanya penuh mutiara mauti manikam, satu-satu kalimatnya, tidak berlebih-lebihan atau berkurang-kurangan, lemah lembut tidak terlalu kasar atau menghina diri, senantiasa membesarkan nikmat walaupun kecil, tidak pernah mencela nikmat apa pun atau terlalu memujinya, tiada seorang dapat meredakan marahnya, apabila sesuatu dari kebenaran dihinakan sehingga dia dapat membelanya.

Dalam riwayat lain, dikatakan bahwa baginda menjadi marah kerana sesuatu urusan dunia atau apa-apa yang bertalian dengannya, tetapi apabila baginda melihat kebenaran itu dihinakan, tiada seorang yang dapat melebihi marahnya, sehingga baginda dapat membela kerananya. Baginda tidak pernah marah untuk dirinya, atau membela sesuatu untuk kepentingan dirinya, bila mengisyarat diisyaratkan dengan semua telapak tangannya, dan bila baginda merasa takjub dibalikkan telapak tangannya, dan bila berbicara dikumpulkan tangannya dengan menumpukan telapak tangannya yang kanan pada ibu jari tangan kirinya, dan bila baginda marah baginda terus berpaling dari arah yang menyebabkan ia marah, dan bila baginda gembira dipejamkan matanya, kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan bila baginda ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin.

Berkata Al-Hasan lagi: Semua sifat-sifat ini aku simpan dalam diriku lama juga. Kemudian aku berbicara mengenainya kepada Al-Husain bin Ali, dan aku dapati ianya sudah terlebih dahulu menanyakan pamanku tentang apa yang aku tanyakan itu. Dan dia juga telah menanyakan ayahku (Ali bin Abu Thalib ra.) tentang cara keluar baginda dan masuk baginda, tentang cara duduknya, malah tentang segala sesuatu mengenai Rasulullah SAW itu.

Rumah Nabi

Berkata Al-Hasan ra. lagi: Aku juga pernah menanyakan ayahku tentang masuknya Rasulullah SAW lalu dia menjawab: Masuknya ke dalam rumahnya bila sudah diizinkan khusus baginya, dan apabila baginda berada di dalam rumahnya dibagikan masanya tiga bagian. Satu bagian khusus untuk Allah ta'ala, satu bagian untuk isteri-isterinya, dan satu bagian lagi untuk dirinya sendiri. Kemudian dijadikan bagian untuk dirinya itu terpenuh dengan urusan di antaranya dengan manusia, dihabiskan waktunya itu untuk melayani semua orang yang awam maupun yang khusus, tiada seorang pun dibedakan dari yang lain.

Di antara tabiatnya ketika melayani ummat, baginda selalu memberikan perhatiannya kepada orang-orang yang terutama untuk dididiknya, dilayani mereka menurut kelebihan diri masing-masing dalam agama. Ada yang keperluannya satu ada yang dua, dan ada yang lebih dari itu, maka baginda akan duduk dengan mereka dan melayani semua urusan mereka yang berkaitan dengan diri mereka sendiri dan kepentingan ummat secara umum, coba menunjuki mereka apa yang perlu dan memberitahu mereka apa yang patut dilakukan untuk kepentingan semua orang dengan mengingatkan pula: "Hendaklah siapa yang hadir menyampaikan kepada siapa yang tidak hadir. Jangan lupa menyampaikan kepadaku keperluan orang yang tidak dapat menyampaikannya sendiri, sebab sesiapa yang menyampaikan keperluan orang yang tidak dapat menyampaikan keperluannya sendiri kepada seorang penguasa, niscaya Allah SWT akan menetapkan kedua tumitnya di hari kiamat", tiada disebutkan di situ hanya hal-hal yang seumpama itu saja.

Baginda tidak menerima dari bicara yang lain kecuali sesuatu untuk maslahat ummatnya. Mereka datang kepadanya sebagai orang-orang yang berziarah, namun mereka tiada meninggalkan tempat melainkan dengan berisi. Dalam riwayat lain mereka tiada berpisah melainkan sesudah mengumpul banyak faedah, dan mereka keluar dari majelisnya sebagai orang yang ahli dalam hal-ihwal agamanya.

Luaran Nabi

Berkata Al-Hasan r.a. lagi: Kemudian saya bertanya tentang keadaannya di luar, dan apa yang dibuatnya? Jawabnya: Adalah Rasulullah SAW ketika di luar, senantiasa mengunci lidahnya, kecuali jika memang ada kepentingan untuk ummatnya. Baginda selalu beramah-tamah kepada mereka, dan tidak kasar dalam bicaranya. Baginda senantiasa memuliakan ketua setiap suku dan kaum dan meletakkan masing-masing di tempatnya yang layak. Kadang-kadang baginda mengingatkan orang ramai, tetapi baginda senantiasa menjaga hati mereka agar tidak dinampakkan pada mereka selain mukanya yang manis dan akhlaknya yang mulia. Baginda selalu menanyakan sahabat-sahabatnya bila mereka tidak datang, dan selalu bertanyakan berita orang ramai dan apa yang ditanggunginya. Mana yang baik dipuji dan dianjurkan, dan mana yang buruk dicela dan dicegahkan.

Baginda senantiasa bersikap pertengahan dalam segala perkara, tidak banyak membantah, tidak pernah lalai supaya mereka juga tidak suka lalai atau menyeleweng, semua perkaranya baik dan terjaga, tidak pernah meremehkan atau menyeleweng dari kebenaran, orang-orang yang senantiasa mendampinginya ialah orang-orang paling baik kelakuannya, yang dipandang utama di sampingnya, yang paling banyak dapat memberi nasihat, yang paling tinggi kedudukannya, yang paling bersedia untuk berkorban dan membantu dalam apa keadaan sekalipun.

Majlis Nabi

Berkata Al-Hasan ra. lagi: Saya lalu bertanya pula tentang majelis Nabi SAW dan bagaimana caranya ? Jawabnya: Bahwa Rasulullah SAW tidak duduk dalam sesuatu majelis, atau bangun daripadanya, melainkan baginda berzikir kepada Allah SWT baginda tidak pernah memilih tempat yang tertentu, dan melarang orang meminta ditempatkan di suatu tempat yang tertentu. Apabila baginda sampai kepada sesuatu tempat, di situlah baginda duduk sehingga selesai majelis itu dan baginda menyuruh membuat seperti itu. Bila berhadapan dengan orang ramai diberikan pandangannya kepada semua orang dengan sama rata, sehingga orang-orang yang berada di majelisnya itu merasa tiada seorang pun yang diberikan penghormatan lebih darinya. Bila ada orang yang datang kepadanya kerana sesuatu keperluan, atau sesuatu masliahat, baginda terus melayaninya dengan penuh kesabaran hinggalah orang itu bangun dan kembali.

Baginda tidak pemah menghampakan orang yang meminta daripadanya sesuatu keperluan, jika ada diberikan kepadanya, dan jika tidak ada dijawabnya dengan kata-kata yang tidak mengecewakan hatinya. Budipekertinya sangat baik, dan perilakunya sungguh bijak. Baginda dianggap semua orang seperti ayah, dan mereka dipandang di sisinya semuanya sama dalam hal kebenaran, tidak berat sebelah. Majelisnya semuanya ramah-tamah, segan-silu, sabar menunggu, amanah, tidak pemah terdengar suara yang tinggi, tidak dibuat padanya segala yang dilarangi, tidak disebut yang jijik dan buruk, semua orang sama kecuali dengan kelebihan taqwa, semuanya merendah diri, yang tua dihormati yang muda, dan yang muda dirahmati yang tua, yang perlu selalu diutamakan, yang asing selalu didahulukan.

Berkata Al-Hasan ra. lagi: Saya pun lalu menanyakan tentang kelakuan Rasulullah SAW pada orang-orang yang selalu duduk-duduk bersama-sama dengannya? Jawabnya: Adalah Rasulullah SAW selalu periang orangnya, pekertinya mudah dilayan, seialu berlemah-lembut, tidak keras atau bengis, tidak kasar atau suka berteriak-teriak, kata-katanya tidak kotor, tidak banyak bergurau atau beromong kosong segera melupakan apa yang tiada disukainya, tidak pernah mengecewakan orang yang berharap kepadanya, tidak suka menjadikan orang berputus asa. Sangat jelas dalam perilakunya tiga perkara yang berikut. Baginda tidak suka mencela orang dan memburukkannya. Baginda tidak suka mencari-cari keaiban orang dan tidak berbicara mengenai seseorang kecuali yang mendatangkan faedah dan menghasilkan pahala.

Apabila baginda berbicara, semua orang yang berada dalam majelisnya memperhatikannya dengan tekun seolah-olah burung sedang tertengger di atas kepala mereka. Bila baginda berhenti berbicara, mereka baru mula berbicara, dan bila dia berbicara pula, semua mereka berdiam seribu basa. Mereka tidak pernah bertengkar di hadapannya. Baginda tertawa bila dilihatnya mereka tertawa, dan baginda merasa takjub bila mereka merasa takjub. Baginda selalu bersabar bila didatangi orang badwi yang seringkali bersifat kasar dan suka mendesak ketika meminta sesuatu daripadanya tanpa mahu mengalah atau menunggu, sehingga terkadang para sahabatnya merasa jengkel dan kurang senang, tetapi baginda tetap menyabarkan mereka dengan berkata: "Jika kamu dapati seseorang yang perlu datang, hendaklah kamu menolongnya dan jangan menghardiknya!". Baginda juga tidak mengharapkan pujian daripada siapa yang ditolongnya, dan kalau mereka mau memujinya pun, baginda tidak menggalakkan untuk berbuat begitu. Baginda tidak pernah memotong bicara sesiapa pun sehingga orang itu habis berbicara, lalu barulah baginda berbicara, atau baginda menjauh dari tempat itu.

Diamnya Nabi

Berkata Al-Hasan r.a. lagi: Saya pun menanyakan pula tentang diamnya, bagaimana pula keadaannya? Jawabnya: Diam Rasulullah SAW bergantung kepada mempertimbangkan empat hal, yaitu: Kerana adab sopan santun, kerana berhati-hati, kerana mempertimbangkan sesuatu di antara manusia, dan kerana bertafakkur. Adapun sebab pertimbangannya ialah kerana persamaannya dalam pandangan dan pendengaran di antara manusia. Adapun tentang tafakkurnya ialah pada apa yang kekal dan yang binasa. Dan terkumpul pula dalam peribadinya sifat-sifat kesantunan dan kesabaran. Tidak ada sesuatu yang boleh menyebabkan dia menjadi marah, ataupun menjadikannya membenci. Dan terkumpul dalam peribadinya sifat berhati-hati dalam empat perkara, iaitu: Suka membuat yang baik-baik dan melaksanakannya untuk kepentingan ummat dalam hal-ehwal mereka yang berkaitan dengan dunia mahupun akhirat, agar dapat dicontohi oleh yang lain. Baginda meninggalkan yang buruk, agar dijauhi dan tidak dibuat oleh yang lain. Bersungguh-sungguh mencari jalan yang baik untuk maslahat ummatnya, dan melakukan apa yang dapat mendatangkan manfaat buat ummatnya, baik buat dunia ataupun buat akhirat.

Jumaat, 11 Februari 2011

bengang...

hari nie bengang betul dengan mylove..huhuhuu.
tarikh nak kahwin dekat dah..die boleh buat xtau lagi..borang xisi lagi...ujian HIV xbuat lagi.pahtu boleh plk die tanya aku nak buat benda nie semua macam mana..
mau aku xangin dengan die..panas je hati aku...

tau aku nak marah die boleh plk buat lawak...
saja nak sakit kan ati aku lagi...
nak je buat keputusan cancel xpayah kawin...
huhuhuuh...merajuk lah jap..ehhehe
tp takut plk nk buat keputusan tu..ehheheh...

xpe2 aku bagi tempoh sampai esk..nak tau xdie buat ke x...klu die xbuat semua tu tau lah aku nak buat macam mana...hehehe
nak boikot blh sebulan...ehhehehe

Rabu, 9 Februari 2011

keliru...

hari nie dapat msj daripada orang yang aku sayang...tapi tu dulu....

die msj nk jump aku..coZ aku ada bagi tau pasal perkahwinan aku..die nak jumpa aku buat kali terakhir...tp aku xnak jump die...huhuhu
apa aku nak buat nie...
die masa lalu aku...sekarang nie aku nak bersama dengan mylove je..
patut x aku hampakan perasaan die dengan menolak ajakan die...
pening dibuatnya....

apa2 pun aku xkan pergi jumpa dengan die..bukan kerana aku nie sombong dengan die..tapi demi masa depan n demi kebahagiaan rumahtangga yang akan ku bina xlama lagi..
aku dah nekat yang aku xkan jumpa dengan die lagi...

dia masa lalu aku...
sekarang aku ada masa depan yang lain..

aku harap die faham dengan situasi aku and xbenci pada aku..
moga-moga persahabatan kami akn berkekalan sampai bila2...

Selasa, 8 Februari 2011

kenangan bersama kawan2..

Kenangan bersama kawan2 masa balik bercuti time raya cina...huhuhu..best sangat2...
time nie keluar gi makan gulai(kenduri)..yg best nya gi makan gulai rumah kawan akak aku bukan nya kawan aku pun...aku dengan jimah and aini nie hanya menyibuk je...ehheheh...
time nie kat kedai abg wan..kita org g hantar jimah..coz nya die nak keluar dating ngan abg wan die tu...ehhehehe...apa2 pun abg wan lah magsa keadaan yang terpaksa ambik pic kita org..heheheh...nasib lah...
time nie kita orang berhenti kat trfik light..heheheh
sempat lagi kita orang posing...ehhehe...
nie lah hobi kita orang...apa2 pun kita orang tetap BFF sampai bila2...
nie kawan akak aku yang kawin tu..tapi masa nie die xsiap apa pun...ahhaha..kita orang je yang posing lebih2...wakakkakak
tgk kita orang yang rasmi kan katil pengantin dulu....ahhahha....

cara paling mudah dan jimat untuk membakar lemak

Tahukah anda cara yang paling mudah untuk mempercepatkan kadar pembakaran lemak di dalam badan anda?

Jawapannya bukan sekali dari mana-mana makanan tambahan, kaedah senaman terbaru ataupun program diet yang hebat....

Ia jauh lebih mudah dan murah tetapi sangat-sangat berkesan....

Jawapannya ialah......[B] Minum Banyak Air!!![/B]

Anda mungkin pernah diberitahu untuk minum lebih banyak air setiap hari, tapi adakah anda sedar kebaikan air kepada usaha mencapai target fitness anda baik untuk membakar lemak, membina otot mahupun meningkatkan kadar kesihatan badan anda?

[B]1) Air meningkatkan kekuatan dan performa anda ketika di gym.[/B]

Seperti yang anda tahu, dalam menjalani sesi latihan bebanan dan kardiovaskular, tenaga dan kekuatan anda perlu berada ditahap yang terbaik. Kajian menunjukkan sekiranya anda mengalami sedikit dehidrasi boleh mengurangkan kekuatan fizikal anda dengan ketara. Malah dengan hanya pengurangan 3-4% air didalam badan anda boleh menyebabkan 10-20% pengecutan otot-otot didalam badan.

[B]2)Air membantu mengelakkan kecederaan.[/B]

Latihan bebanan dan kardiovaskular berintensiti tinggi boleh mewujudkan stress dibahagian sendi anda. Air boleh mengatasi masalah ini dengan memberikan kelinciran kepada sendi-sendi anda dan membina "cushion" perlindungan disekeliling sendi anda.

[B]3) Air membantu penghadaman.[/B]

Makronutrient seperti protein, karbohidrat dan lemak memerlukan air untuk dipecahkan kepada komponen yang lebih kecil. Bagi memastikan badan anda benar-benar dapat menggunakan nutrient ini, anda perlu memastikan pengambilan air didalam badan sentiasa mencukupi. Namun perlu diingat pengambilan air yang banyak ketika waktu makan boleh menyebabkan perut kembung dan menjejaskan penghadaman. Minum air ketika perut anda tidak terlalu penuh.

[B]4) Air meningkatkan pembakaran lemak.[/B]

Salah satu fungsi hati adalah untuk mengatur metabolisma lemak. Hati juga berperanan membantu ginjal anda dalam pembuangan bahan kumuhan didalam badan melalui urine. Apabila pengambilan air adalah sedikit, bahan kumuhan ini akan terkumpul didalam badan dan akan memaksa ginjal dan hati untuk bekerja lebih untuk membuang bahan kumuhan ini. Kekurangan air boleh menganggu hati anda untuk membakar lemak kerana hati perlu membantu ginjal untuk menbuang bahan kumuhan didalam badan. Hasilnya kadar pembakaran lemak anda akan berkurangan.

[B]5) Peningkatan pengambilan air mengurangkan penyimpanan air berlebihan dalam badan.[/B]

Apabila pengambilan air adalah rendah, badan anda akan menyimpan lebih banyak air atas sebab 'survival'. Air yang disimpan biasanya akan disimpan diperut, peha, punggung, muka dan sebagainya lalu menyebabkan anda kelihatan lebih gemuk. Anda sebenarnya boleh kelihatan lebih ramping dalam beberapa hari sahaja hanya dengan meningkatkan pengambilan air kerana ia akan mengurangkan penyimpanan air berlebihan didalam badan.

[B]Jadi berapa banyak airkah yang perlu diambil sehari?[/B]

Secara amnya, darab berat badan anda di dalam pound (Lb) dan gandakan dengan 1.6. Hasilnya ialah jumlah ounce(Oz) air yang perlu anda ambil sehari. (1kg = 2.2 lb, 1 Oz = 0.03 Liters)

Ia mungkin rasa terlalu banyak, namun apabila anda sudah biasa ia akan menjadi tabiat yang sihat. Beberapa hari pertama anda mungkin akan perlu ketandas dengan kerap kerana badan anda sedang membuang simpanan air berlebihan didalam badan. Selepas beberapa hari ia tidak lagi akan menjadi satu masalah.

Ingat jangan hanya minum apabila anda sudahpun berasa dahaga, kerana rasa dahaga adalah symptom dehidrasi yang sudahpun berlaku didalam badan!

Isnin, 7 Februari 2011

selamat pengantin baru..

Selamat pengantin baru buat abang lan and kak maya...
semoga kalian berbahagia sampai ke akhir hayat..
apa2 pun abang lan ngn kak maya memang sesuai sangat...


pic kenangan aku dengan pengantin baru...heheheh
aku ngn kak yang gedik terlebih nya...ahhahahha...
tgk sampai penuh pelamin tu dibuatnya..nasib baik xruntuh pelamin tu...heheheh...
apa2 pun happy sangat time nie...biar pun penat cikit...hheehhe
pic nie masa kat masjid...
lepas abang lan kahwin...tgk muka abg lan berseri2..maklum lah dah selamat..
xrasa berdebar2 lagi..dh selamat die gengam tangan tok kadi..heheheh....
apa2 pun semoga abang lan bahagia disamping insan2 tersayang..
n hope die cepat berubah...amin...

Kolek Kertas

Kertas putih itu
penuh ditulis pelbagai cerita
dakwat biru berkisar kisah rindu
dakwat merah berkisat rasa marah
dakwat hitam berkisar duka terpendam
dakwat hijau berkisar emosi memukau

kertas putih itu
kulipat menjadi kolek
antara penjuru bertemu cantik
kutolakkan layarnya pendek
haluannya kubentangkan molek-molek

perlahan-lahan di sungai masa
alirnya perlahan begitu mendesah
kuletak kolek kertas yang separuh basah

itulah kenangan cuma seberkas
hanyut dalam hembusan nafas
mencari namamu tidak berbekas
meskinpun kucuba mengingat pantas
namun hanya air mata mengalir deras

maaf, bukan kulupa budimu nan agam
cuma kolek kertas itu kian tenggelam
bersama-sama tulisan kian berbalam
kubiarkan perlahan-lahan terpadam
terlerai dan terendam

Dalam memori mahupun di hati
tidak mungkin kenangan itu mampu berdiri

kolek kenangan itu kurelakan hanyut
demi kasih yang tidak terpaut

Ahad, 16 Januari 2011

meski dirimu bukan milikku

Namun hatiku tetap untukmu

berjuta pilihan di sisiku

Takkan bisa menggantikanmu

walau badai menerpa

cintaku takkan ku lepas

berikan kesempatan untuk membuktikan

ku mampu jadi yang terbaek dan masih jadi yang terbaek

ku akan menanti

meski harus penantian panjang

ku akan tetap setia menunggumu

ku tahu kau hanya untukku

biarlah waktuku

habis oleh penantian ini

hingga kau percaya betapa besar

cintaku padamu ku tetap menanti

walau badai menerpa

cintaku takkan ku lepas

berikan kesempatan untuk membuktikan

ku mampu jadi yang terbaek dan masih jadi yang terbaek

ku akan menanti

meski harus penantian panjang

ku tetap setia menunggumu

ku tahu kau hanya untukku

biarlah waktuku

habis oleh penantian ini

hingga kau percaya betapa besar

cintaku padamu kutetap menanti...