Rabu, 22 Disember 2010


berseri indahya bagaikan pelangi
berkembang mekarlah bunga- bunga dihati
namunku tiada duka beginikan
hujan turun melanda dan bunga gugur ke bumi

cintaku sesegar embun nan pagi
semakin resah menanti terbit mentari
hangatnya yang membakar mengeringkan
segala keindahan yang penuh kepalasuan

engkau yang aku sayangi siakan diriku ini
lautan maduku beri engkau racuni
ku sedari hina diri ini,kosong tiada bererti
biarlah diriku pergi kuubati luka ku sendiri

kucuba gagahi bahu sendiri
biarpun sayapku telah tiada lagi
namunku tak berdaya menghadapi
di dalam kegelapan bimbang tersungkur lagi

oh tuhan teguhkanlah keimanan
untukku tempuhi lautan kehidupan
walaupun dihati terasa terkilan
tapi apakan daya semua takdir tuhan...